Berbalik kepada tajuk kita semula. Ada segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan kurang ilmu mengenai ini sengaja mengeluarkan satu tajuk yang betul-betul ingin menghina dan menjatuhkan martabat kaum hawa. “Lelaki 9 akal, Wanita 1 akal, Binatang 0 akal”, beginilah lebih kurang tajuknya. Apa pendapat para pembaca mengenai tajuk ini terutama golongan hawa sekalian? Bukankah ini merupakan satu penghinaan yang disengajakan? Ada pula yang mengatakan bahawa taraf wanita itu hampir sama dengan binatang. Tetapi itu merupakan kata-kata orang yang tidak mempunyai ilmu dan kurang didikan agama. Bagaimana pula dengan firman Allah dalam surah At-Tinn, ayat 4 yang bermaksud;
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
Bukankah kata-kata sebentar tadi bercanggah dengan firman Allah ini? Berhati-hatilah apabila ingin berkata-kata dan jangan sampai kerana mulut, badan binasa. Ada juga yang mengatakan bahawa ungkapan di atas diambil daripada hadis Rasulullah S.A.W. Namun, sejauh mana sesahihan hadis tersebut dan apakah taraf hadis berkenaan? Mungkin ia sahih, mungkin daif ataupun kemungkinan besar ia maudu’ semata-mata. Untuk pengetahuan para pembaca, berdasarkan sumber yang saya dapat, memang tiada satu pun nas yang menceritakan mengenai ungkapan ini. Kemungkinan besar ada nas yang menceritakan bahawa lelaki mempunyai lebih banyak akal berbanding wanita tetapi tidaklah menyebut jumlah akal seperti mana ungkapan di atas. Namun ada satu kisah pendek yang sangat menarik untuk dijadikan renungan bersama.
Kisah ini menceritakan mengenai dua orang tokoh Islam yang hebat pada zaman dahulu dan sehingga kini masih lagi diingati. Imam Hasan Al-Basri dan anak muridnya Rabiah Adawiyah. Siapa tidak kenal dengan kedua-dua tokoh Islam ini. Sebelum saya mulakan kisah mengenai tokoh-tokoh ini, ingin saya ceritakan sedikit mengenai mereka. Ini sekadar untuk menambah ilmu bagi yang tidak tahu. Rabiah Adawiyah adalah seorang ahli sufi yang terkenal. Berasal dari keluarga yang miskin namun kaya dalam aspek kerohanian. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan Al-Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya, Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Nama penuh Hassan Al-Basri adalah Al-Hassan bin Abil-Hassan Al-Yassar. Ayahnya merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Di situ, bapanya berkahwin dengan ibunya al-Khayrah. Hassan Al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah. Pernah disusukan oleh Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. Hassan Al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulama’ terkemuka dalam peradaban Islam. Hassan Al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Imam Hassan al-Basri merupakan contoh ikutan dalam merubah kemungkaran dengan hikmah dan nasihat yang baik. Beliau lebih mengutamakan kaedah mengubah kemungkaran dengan kerugian yang paling minima, kerana menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding dengan memperolehi maslahat.
Mengenai kisah menarik yang ingin saya kongsikan bermula begini; Pada suatu hari, Imam Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiah. Rabiah akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan itu jika soalannya dijawab. Lalu Rabiah bertanya kepada mereka, ”Berapakah nafsu bagi lelaki dan berapakah nafsu bagi wanita?”. Lantas Imam Hasan Al-Basri menjawab, ”Lelaki mempunyai satu nafsu dan wanita mempunyai 9 nafsu”. Rabiah tersenyum lalu berkata, “Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu mempunyai satu nafsu sahaja dan kenapa aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?”. Mendengar kata-kata daripada Rabiah itu, mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan yang kecewa dan janggutnya basah terkena air matanya yang mengalir keluar. Demikianlah satu kisah pendek mengenai pinangan Imam Hasan Al-Basri terhadap Rabiah Adawiyah. Berdasarkan kisah tadi, jelaslah bahawa wanita mempunyai nafsu lebih banyak daripada lelaki tetapi ini bukan untuk merendah-rendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka sendiri. Bukankah begitu kaum hawa sekalian?
Baiklah sekarang mari kita guna akal yang dikurniakan Allah kepada kita untuk berfikir sedikit mengenai ungkapan di atas. Akal berfungsi untuk memberi pertimbangan terhadap sesuatu, pendapat atau memilih sesuatu. Jika betullah lelaki mempunyai banyak akal berbanding wanita, memang tidak mustahil kerana Allah banyak memberikan tugas kepada kaum Adam di atas kelebihan yang Dia berikan. Bagi contoh yang paling mudah, kita lihat dalam soal talak dalam rumah tangga suami isteri. Allah berikan kuasa talak kepada suami kerana lelaki boleh membuat pertimbangan yang betul dan berfikir jauh sebelum menjatuhkan talak kepada isteri. Allah tidak beri kepada isteri kerana wanita susah untuk berfikir panjang dengan apa tindakan yang mereka buat. Jika kuasa talak diberi kepada isteri, tidak mustahil sudah banyak kes cerai di Malaysia. Bukankah hal ini nyata lebih jelas bahawa lelaki mempunyai lebih banyak akal berbanding wanita? Lelaki lebih banyak menggunakan akal daripada perasaan dan emosi manakala wanita sebaliknya. Ini semua fitrah yang telah dijadikan Allah kepada kaum Adam dan Hawa. Mana tidaknya, wanita diberi tugas biologi yang sangat berbeza berbanding lelaki. Wanita diberi tugas mengandung, menyusu, menjaga anak dan tugas-tugas lain. Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang, sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi anaknya, si ibulah yang menenangkan keadaan dan memberikan belaian kasih sayang kepada si anak. Kekurangan akal pada kaum hawa bukan satu penghinaan malah ia satu kelebihan yang patut dibanggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya. Sama juga kalau kita lihat bahawa wanita ‘kurang’ dari segi agamanya. Wanita tidak perlu solat dan puasa apabila haid dan nifas. Tidak wajib solat Jumaat, tidak wajib jemaah di surau atau masjid dan tidak wajib untuk ke medan jihad. Kekurangan yang Allah beri ini bukanlah bermaksud wanita kurang pahala berbanding lelaki. Tidak. Masing-masing mendapat ganjaran pahala yang sesuai dengan tugasnya. Firman Allah dalam surah An-Nisa’, ayat 32 yang bermaksud;
“Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan”.
19 Dah bace? Sila beri sedikit komen anda...:
stu tjuk artikel yg mnarik..nur berstuju ngan kta2 abg 2.. antra kaum adam n hawa sma shaja..krn dua2 makhluk ALLAH. Hawa d cipta sbg plengkap hdup kaum adam.. Jika tiada kaum hawa mka tiadalah manusia d muka bumi ini. Bgitu jga ngan kaum hawa. Jika tiada kaum adam d muka bumi ini mka tiadalah zuriat yakni anak..
sy sokong. wanita n lelaki saling memerlukan. ( 1 akal+ 9 nafsu) + (9 akal +1 nafsu)= 10 akal 10 nafsu. jumlah yg adil lg saksama.
aha this is nice. :)
sbb tuh perlu saling melengkapi, bukn saling menghancurkan.
first time bc kesah ni.
time kasih share.
Salam. Interesting article! Tp sy tak rasa yg ayat "Lelaki 9 akal, wanita 1 akal, binatang 0 akal" menghina kaum wanita kerana dlm realiti, bilangan wanita cerdik pandai semakin bertambah. Sepatutnya, kaum lelaki la yg patut rasa malu kerana kaum wanita mampu mengatasi mereka. Ini menunjukkn wanita menggunakn sepenuh habis akalnya yg satu utk support nasfu yg bergelar success :)
mengenai 9 nafsu bg wanita..
kalau xsilap sy, imam ghazali ad menerangkan mngenai ni..bliau ckp, bkn 9nfsu itu nfsu tp 9Desires..where..wanita ade keinginan yg lebih dlm pelbagai aspek n xtertumpu kpd 1 je..wallahu'alam.
nice article.thxx ;)
Saya suka artikel nie. tq sbb memberi keterangan yg jelas buat semua :)
Ayat Rabiatul Adawiyah bermula dengan "JIKA BENARLAH....", maknanya bukan benar wanita ada 9 nafsu.... lepas tu dia beri pula lasan untuk menyangkalnya "kenapa pula kamu..."
Nampak tak?
Assalamualaikum.....
Tajuk yg menarik...tp bg sy kisah td cm perbandingan nafsu antara kaum adam dan hawa. tetapi tidak menghuraikan maksud ungkapan tersebut. apa yg dimaksudkan 9 akal 1 nafsu dan 1 akal 9 nafsu?
ada sesiapa yg bleh terangkan...
Ulasan yg menarik. Cuma ana ada sdikit pndapat yg tidak seberapa. Bg ana 9 nafsu 1akal bagi wanita bukanlah jumlah yg tepat. Ia cuma nisbah. Dan mengenai nafsu, perempuan memang ada kemahuan yg tinggi dri pelbagai aspek. Dan bagi lelaki pula, 1nafsu yg sering dikejar adalah nafsu seks,(tidaklah semua, kebanyakan). Mengenai akal pula, dri segi kajian sains lelaki mempunyai iq yg lbih berbnding wanita. Dan lelaki juga selalunya berfikir pnjang untuk buat keputusan. Berbanding wanita, yg cepat buat keputusan jika dalam keadaan marah,(ana ada kakak..hehe). Rasanya tidak timbul soal hina atau merendahkan wanita, sebab kelebihan, dan kekurangan sama2 ada. Dan segala baik buruk Allah yg jadikan. Soal 9,1 atau 1,9 ini cuma nisbah yg mgkin tepat, atau mgkin tidak. Ini hnyalah pemikiran atau pndapat masing2. Sekian, wassalam.
Salam...sy tertarik dengan lelaki 9 akal 1 nafsu, wanita 9 nafsu 1 akal dan haiwan 0....pernah kah kita terpikir kalau lelaki mahu pun wanita akan jadi seperti haiwan yang akal 0....sepertimana terjadi pada akhir zaman ini..Lelaki mahu pun wanita ada kelebihan mahu pun kelemahan masing2..jadi baliklah kita kepada pegangan Al-Quran,Hadis & sunnah Rasullah S.A.W
Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.
Kata-kata sakti ini dinukilkan daripada dialog yang berlaku di antara Imam al-Hasan al-Basri dengan tokoh Sufi yang masyhur, Rabiatul Adawiyah rahimahumalLah. Iaitu semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan al-Hasan telah menjawab sebagaimana di atas, iaitu 9:1 dan 1:9.
Demikianlah kisah yang didakwa telah berlaku di antara dua tokoh besar dalam Islam. Kisah ini telah dinukilkan oleh Usman al-Khaubawi, dalam kitabnya "Durrah an-Nasihin" , (dalam buku ini jugalah terdapat hadis masyhur di kalangan orang Melayu tentang kelebihan tertentu setiap malam solat terawih).
Cerita ini tidak benar sama sekali untuk dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri (apalagi kepada Rasulullah saw) kerana ia diambil daripada sumber yang tidak sahih. Hujahnya mudah sahaja, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H. Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan pendapat yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H [Lihat: Az-Zahabi, Siyar A'lam an-Nubala': 8341].
Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, bagaimana pula boleh berlaku dialog sedemikian di antara mereka berdua?
Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,” Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.” Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?” Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?” Maka para wanita itu menjawab: “Ya” Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?” “Para wanita menjawab: “Ya.” Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.” [Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]
Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.
Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba’ yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan.
Good artikel for santapan rohani
Kuasa talak (lafaz talak) tidak ada dalam Quran pun. Banyak lelaki ego telah menghancurkan rumah tangga dengan isteri mereka sebab kuasa talak yang dicipta oleh sectarians.
Artikel anda itu takde point langsung yang membuktikan lelaki kurang nafsu daripada wanita. Rabiah hanya menanya lelaki itu berapa nafsu lelaki dan wanita ada. Pasal nangis, itu tak ada kaitan dengan nafsu dan akal, itu ialah hati yang mudah tersentuh.
satu perkongsian menarik..terima kasih..semoga kite semua dapaat manfaat..
hasan albasri org yg hebat,,kenapa hasan albasri menangis,,adakah sbb rabiah kata mcm tu kt hasan sbb nk jatohkan martbat lelaki dan nk malukan hasan?
Dikalangan kaum Adam, ada yang malas sebab itu kedudukan mereka jatuh. Dunia akhir zaman. Thanks for the article. It's really nice.
Benda ni nisbah jer, tak perlu lah nak di perjelaskan lagi. Simple jer, solat jemaah lelaki dan perempuan, siape jadi Imam? I rest my case. ��
Pilih calon yang jaga solat dan tawadduk.. Dah cukup..
Catat Ulasan