Sebuah blog yang menceritakan tentang aku, Islam dan hidup aku di sisi Islam....................................................... "Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima(agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk dalam orang-orang yang rugi" (Ali-Imran, ayat 85)
Hasil Nukilan & Titik Peluh Serta Penat Lelah Oleh
fAiZ aS-ShoMuUt
pada detik
6:42:00 PTG
Baru-baru ini sekitar akhir tahun 2009, Malaysia digemparkan dengan satu isu agama yang melibatkan agama Islam dan Kristian iaitu isu mengenai penggunaan kalimah Allah. Isu ini dibangkitkan apabila sebuah majalah Herald-The Catholic Weekly dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Negara untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Ketika isu ini hangat diperkatakan, ramailah pemimpin negara keluar bersuara seperti Ketua UMNO, Timbalan Presiden PAS, bekas Perdana Menteri negara dan beberapa pemimpin-pemimpin terkenal yang lain. Apa yang saya ingin kongsikan di sinikan, bukan sahaja pejuang-pejuang Islam yang hebat menentang kes ini, malah orang yangtidak tahu mana letaknya agama merekapun turut menentang. Sungguh hebat rakyat Malaysia kini. Orang yang tidak tahulah pernah menyebut kalimah Allah ke tidak dalam sehari pun sangat rancak menentang pembenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah tersebut. Masya-Allah. Sayang sungguh mereka dengan ‘hanya’ kalimah Allah. Bagi saya, jika orang yang hidup berlandaskan Islam menentang isu ini, tidak mustahil pihak yang terlibat dalam pembenaran ini takut kepada mereka. Tetapi, jika orang yang memeluk Islam hanya untuk mendapatkan status ‘Aku beragama Islam’ menentang isu ini, bukan sahaja pihak terlibat tidak takut kepada mereka malah terbahak-bahak mereka ketawakan.
Tapi apa yang peliknya, kenapa kes ini mengambil masa yang lama untuk diselesaikan padahal boleh dikatakan semua penduduk Islam di Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin negara sendiri menentangnya? Takkanlah pemimpin tidak boleh melakukan apa-apa untuk membatalkan pembenaran tersebut. Mungkin ada udang disebalik batu ataupun mungkin tidak, kerana udang sangat sedap dimakan dan mungkin udang tersebut sudah hilang dimakan orang. Penentangan mengenai isu ini menjadi hangat apabila Perdana Menteri Malaysia sendiri yang menentangnya secara terus melalui media massa. Kemudian diikuti dengan pelbagai pemimpin negara yang lain dan tidak lupa juga kepada Ketua Wanita UMNO kita. Pelbagai hujah dikeluarkan masing-masing dengan penuh rasa prihatin terhadap Islam. Tetapi kenapa hanya sayang kepada kalimah Allah sahaja? Kenapa tidak sayang kepada hukum Allah? Kenapa tidak mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya? Tidak ada satupun nas yang mengatakan bahawa sudah cukup kepada umat Islam untuk menyayangi kalimah-Nya sahaja. Jika kita imbas kembali sekitar tahun 90-an, apabila negara dibangkitkan dengan isu penggunaan hukum Hudud dalam pelaksanaan hukuman negara. Kita lihat ketika itu betapa ramainya pemimpin negara yang membantah secara keras penggunaannya. Berapa ramai yang mengatakan dengan kata-kata yang sangat melampau sebagai penganut agama Islam. Banyak kata-kata yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin negara dan antara yang sangat melampau ialah;
“Negara akan huru-hara jika undang-undang Islam dijalankan”
“Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri bawah pimpinan BN tidak akan melaksanakan hukuman Hudud”
“Hukuman rejam kepada penzina adalah primitif”
“Tujuan menutup aurat dalam Islam adalah pada zaman Nabi dahulu, masyarakat Arab jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita dari kabilah-kabilah lain sehingga tercetusnya peperangan yang tiada kesudahannya”
Mereka berkata-kata tanpa ilmu yang cukup. Semua main cakap sahaja. Hal ini jelas disebut dalam al-Quran dalam surah Luqman yang disebut dua kali. Kali pertama ialah dalam ayat ke-6 yang bermaksud;
“Dan ada di antara kamu yang bercakap dengan kata-kata yang tidak berguna untuk menyesatkan lagi manusia dari jalan Allah tanpa ilmu pengetahuan serta menjadikannya sebagai bahan ejekan...”(Surah Luqman;6)
Kali kedua pula disebut dalam ayat ke-20 yang bermaksud;
“... dan ada di antara manusia yang membantah tentang keesaan Allah tanpa sebarang ilmu, petunjuk serta kitab yang menerangkannya”(Surah Luqman;20)
Jika kita merenung kepada kata-kata yang keempat tadi, memang kita akan mengatakan masyakat Arab Jahiliyah zalim. Tetapi ingat, namapun Jahiliyah, apa yang mereka tahu. Cuba kita bandingkan dengan dunia hari ini. Masyarakat Arab Jahiliyah melakukan pelbagai kezaliman kerana mereka adalah terdiri daripada golongan yang tidak mengetahui tentang hukum-hukumAllah. Tidak mustahil mereka sering melakukan kezaliman dalam keadaan yang tidak mengetahui apa-apa. Dunia hari ini, walaupun sudah tahu tentang hukum-hukum Allah malah tidak lagi diketegorikan sebagai Jahiliyah seperti masyarakatArab dahulu tetapi masih berdegil untuk tidak melaksanakan hukuman Allah. Melalui ini, siapakah yang lebih zalim? Kita atau masyarakat Arab dahulu? Sudah tentu masyarakat kini. Tidakkah kita bersyukur kepada Allah yang melahirkan kita dalam keadaan Islam atau memberi hidayah Islam kepada kita untuk memeluknya. Bukan sahaja sukar untuk menzahirkan rasa kesyukuran kepada-Nya, malah menentang-Nya lagi. Ada satu kata-kata yang sering kita dengar dari beberapa pemimpin negara apabila ditanya mengenai pelaksanaan hukum Hudud. “Negara kita terdiri daripada pelbagai agama dan sukar untuk kita melaksanakan hukuman Hudud”. Kenapa kita hendak memikirkan tentang agama lain sedangkan ini negara Islam. Negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam. Kita ada hak untuk melakukan apa-apa sahaja kepada negara kita. Bagi agama lain yang tidak bersetuju melaksanakan hukuman hudud, pergilah ke negara lain. Pergilah ke negara yang dipimpin oleh agama mereka sendiri. Malaysia adalah negara Islam. Ada pemimpin yang menjawab bahawa kita mesti menjaga status agama lain. Tetapi kita lihat sendiri apabila kita asyik mengikut kata-kata agama lain, mereka sekarang sudah berani melakukan apa-apa sahaja yang mereka mahukan. Seperti sekarang, agama Kristian sudah berani mencabar agama Islam. Sudah berani mencabar walaupun majoriti penduduk Malaysia menganut agama Islam. Jangan sampai kita ditindas oleh agama lain di negara sendiri. Jangan sampai kita melutut depan agama lain demi menjaga maruah Islam sendiri. Ya Allah, selamatkanlah Islam di negara Malaysia ini. Jadikanlah Islam sebagai rujukan utama kepada negara dalam semua bidang. Kuatkanlah kami untuk menentang musuh-Mu, ya Allah. Lindungi kami daripada tipu helah agama lain yang cuba menjatuhkan kami. Aminn....... Cuba kita perhatikan dalam-dalam mengenai pemimpin-pemimpin negara kita. Apabila seorang ketua berkata ‘ya’, semua pemimpin yang lain turut berkata ‘ya’. Begitu juga sebaliknya. Apabila ketua negara berkata supaya kalimah Allah hanya untuk Islam sahaja, semua pemimpin bersetuju dan tiada seorangpun yang menolaknya. Apabila 10 lesen judi di negara kita diluluskan, semua bersetuju, langsung tiada bantahan. Begitu juga apabila hukuman Hududtidak perlu dilaksanakan, perkara yang sama berlaku. Semua bersetuju. Semua ikut, baik buruk langsung tidak difikirkannya. Asalkan ketua suka, Allah lain cerita. Kesimpulan yang dapat dibuat di sini berdasarkan masyarakat sekarang ialah mereka sangat pantang apabila agama lain menyebut kalimah Allah dengan mengatakan ‘tidak boleh’ tetapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukum-Nya tak apa. Nama Allah sayang tapi hukum-Nya semua ikut selera nafsu sendiri. Wallahu-A’lam..................
0 Dah bace? Sila beri sedikit komen anda...:
Catat Ulasan